Bismillahirrahmanirahim….
Alhamdulillah…
sekali lagi Allah mengizinkan Ina untuk mencoretkan sesuatu untuk perkongsian kita bersama…InsyaAllah…
Ok malam ni Ina nak mengutarakan pendapat Ina tentang ukhuwah…
Mencintai dan menyayangi sesame sendiri amatlah dituntut dalam Islam…..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ukhwah itu indah jika ianya disandarkan kepada Allah SWT semata.
Tiada seorang pun manusia dapat hidup bersendirian walaupun dunia itu dia yang punya.
Walau segalanya cukup sempurna, manusia inginkan sebuah ukhwah.
Kerana di situlah fitrahnya manusia dijadikan.
Bukan berseorangan tetapi berdua.
Bukan bersendirian tetapi berpasangan.
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menganjurkan persaudaraan. Sepertimana dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abu Zar RA katanya, yang bermaksud:-
"Nabi SAW telah bersabda kepadaku, "Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara engkau dengan wajah yang berseri-seri."
Sudah jelas, betapa Islam sangat menganjurkan persaudaraan walaupun hanya dengan bermanis wajah di hadapan saudaranya.
Menghubungkan silaturrahim bermula dengan salam dan senyuman itu dapat membahagiakan orang yang melihatnya.
Dengan senyuman sahaja dapat mengeratkan lagi tautan ukhwah yang ada. Maka senyumlah kerana Allah untuk saudara kita.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
(Surah Al-Hujrat, ayat 13)
Kukuhnya ukhwah itu jika tapaknya adalah iman kepada Allah. Akan kekal sepertimana asas sandarannya yang Maha Kekal. Jelaskan lah niat kita berukhwah hanya semata-mata kerana Allah SWT. Bersahabat bukan kerana kepentingan yang lain. Semoga sempurna sebahagian iman ini dengan berukhwah keranaNya. Mudah-mudahan ukhwah yang terbina itu persis rantaian tasbih yang tiada hujungnya, membawa hati-hati yang bertaut itu untuk sentiasa memuji Allah SWT. InsyaAllah.
Akhir kata dari Ina, marilah kita bersama menjaga ikatan ukhuwah yang terbina agar ianya diberkati dan diredhai Allah swt….Ukhuwah fillah…mari berjihad kejalan Allah.....Aljihadufisabilillah...…ALLAHUAKBAR!!!
p/s: ingatan utk diri sendiri jugak....^_^v peace yo!!
No comments:
Post a Comment