Tuesday 17 July 2012

Barakallah.....

Bismillahirrahmanirrahim.......

Ehem...ehem....mic test....one two three.......ehem...ehem......errkkk...buuurrlllppp....Alhamdulillah...hamboi anak dara.....kenyang nampak.....hahaha.......mestila kenyang.....makan nasi lemak daun pisang.....hari ni kan pasar malam........kuikuikuiiiii......makan x ingat dunia........
Biase la  kalauu da kenyang tu tangan pon laju la nak menaip kan......
Ok la......back to the main point here......I would like to congratulate to my Abang and his wife which is my sis in law.....May Allah bless your marriage and Ina nak anak buah cepat tau...hehehe....Ina nak kembar....(cewwahh...)...
They chose 7.7.12 as the date for they get married.....2 to 3 days before the date, Ina ngan family mmg x menang tangan.... mane nak siapkan hantaran.....mane nak siapkan umah agi......huiii penat.....
Hari yang dinanti telah tiba....7.7.12 tarikh dimana 2 orang cucu Adam disatukan dalam ikatan yang sah dan telah membuatkan syaitan dan iblis menangis melihat mereka disatukan......Alhamdulillah....
Dengan sekali lafaz...my big bro Mohd Noor Razzrin Bin Razali and his wife Nur Shafadhillah Bt Mohd Bahar selamat diijabkabulkan di taman desa skudai jalan harmoni.....Alhamdulillah...thank you Allah....semoga ikatan perkahwinan yg terbina akan terus utuh hingga akhir hayat.....
( Ina doakan yang terbaek utk abang n shafa)
(sorry guys....gambar x dpt nk dikesan kat mane.....InsyaAllah da jumpe nnt Ina upload.....kalau nak tgok sgt g la kt fb.....Noorrazzlina Razali)
to be continued.......^_^
assalamualaikum....

Sunday 1 July 2012

ukhwah fillah ^_^

Bismillahirrahmanirahim….

Alhamdulillah…

sekali lagi Allah mengizinkan Ina untuk mencoretkan sesuatu untuk perkongsian kita bersama…InsyaAllah…
            
Ok malam ni Ina nak mengutarakan pendapat Ina tentang ukhuwah…
Mencintai dan menyayangi sesame sendiri amatlah dituntut dalam Islam…..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ukhwah itu indah jika ianya disandarkan kepada Allah SWT semata.
Tiada seorang pun manusia dapat hidup bersendirian walaupun dunia itu dia yang punya.
Walau segalanya cukup sempurna, manusia inginkan sebuah ukhwah.
Kerana di situlah fitrahnya manusia dijadikan.
Bukan berseorangan tetapi berdua.
Bukan bersendirian tetapi berpasangan.
Terdapat banyak hadis Rasulullah SAW  yang menganjurkan persaudaraan. Sepertimana dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abu Zar RA katanya, yang bermaksud:-
"Nabi SAW telah bersabda kepadaku, "Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara  engkau dengan wajah yang berseri-seri."
Sudah jelas, betapa Islam sangat menganjurkan persaudaraan walaupun hanya dengan bermanis wajah di hadapan saudaranya.
Menghubungkan silaturrahim bermula dengan salam dan  senyuman  itu  dapat membahagiakan orang yang melihatnya.
Dengan senyuman sahaja dapat mengeratkan lagi tautan ukhwah yang ada. Maka senyumlah kerana Allah untuk saudara kita.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
(Surah Al-Hujrat, ayat 13)

Kukuhnya ukhwah itu jika tapaknya adalah iman kepada Allah. Akan kekal sepertimana asas sandarannya yang Maha Kekal. Jelaskan lah niat kita berukhwah hanya semata-mata kerana Allah SWT. Bersahabat  bukan kerana kepentingan yang lain. Semoga sempurna sebahagian iman ini dengan berukhwah keranaNya. Mudah-mudahan ukhwah yang terbina itu persis rantaian tasbih yang tiada hujungnya, membawa hati-hati yang bertaut itu untuk sentiasa memuji Allah SWT. InsyaAllah.
Akhir kata dari Ina, marilah kita bersama menjaga ikatan ukhuwah yang terbina agar ianya diberkati dan diredhai Allah swt….Ukhuwah fillah…mari berjihad kejalan Allah.....Aljihadufisabilillah...…ALLAHUAKBAR!!!
p/s: ingatan utk diri sendiri jugak....^_^v peace yo!!